Nama Pertubuhan di daftarkan sebagai

Nama Pertubuhan di daftarkan sebagai
Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam
Fail Rujukan: 0977-07-PRK
Akaun Bank: CIMB 08090000013103
Tel: 013 5074905 Abi Norizan Razali

Tuesday 24 January 2012

Majlis Bacaan Yasin,Tahlil dan Doa Selamat


























 Assalamualaikum, 
Selepas solat Maghrib semalam 21hb Januari,2012, kami telah dikunjungi oleh Tan Sri Azzizuddin serta Dato', Datin dan ramai lagi Tuan,Puan yang terlibat secara langsung dengan projek pembangunan penempatan kami di sini. Alhamdulillah, satu majlis ringkas Perasmian RAY Darussalam telah diatur dari kami yang serba kekurangan buat hadirin semua.

  Majlis bermula dengan Bacaan Yassin, Tahlil dan doa buat kita insan, kehadrat Allah Yang Maha Pemurah memohon keberkatan dan keredhaanNya di tempat baru ini. Terima kasih juga dari kami buat anak-anak dari Tahfiz Darussalam yang sudi membimbing majlis utama tersebut.

  Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat pihak Kelab Klebang Bakti yang sudi membangunkan tempat kami ini. Majlis Perasmian yang berjalan dengan ringkas penuh dengan rasa kekeluargaan diantara kami penghuni disini, warga sekitar Kampung Melayu dan tetamu-tetamu jemputan.



Sunday 15 January 2012

Assalamualaikum,
      Tanggal 13hb, Januari 2012, merupakan tarikh keramat buat kami. Sehabisnya waktu persekolahan pada petang itu kami di minta untuk meninggalkan asrama di Simpang Pulai. Dalam keadaan yang amat tergesa-gesa, terguris juga rasa di hati mengingatkan kenangan pahit manis di tempat kami di besarkan untuk ke asrama di Kampung Melayu, Ipoh. Setidak-tidaknya agar dapatlah kami untuk bermaafan dan berterima kasih kami kepada ibu-ibu, bapa-bapa serta warga sekitar dalam suasana yang tenang. 



    Namun begitu kami semua mohon keampunan dan ribuan kemaafan atas segala kesalahan dan keterlanjuran kami yang serba kekurangan ini dari ibu-ibu dan bapa-bapa yang telah banyak bersabar, berkorban untuk kami selama ini. Harapan kami hari-hari yang mendatang akan memberikan sinaran dan harapan untuk kami bagi meneruskan kehidupan.







    Hari pertama kami memulakan kehidupan baru di Kompleks Asrama Anak Yatim Darussalam di Kampung Melayu,Ipoh menampakkan kebahagiaan. Corak kehidupannya agak sedikit berbeza. Namun kami amat rasa bersyukur Kehadrat Ilahi dan berterima kasih kepada insan-insan yang telah sudi menyumbangkan tempat untuk kami berteduh dari hujan dan panas di hari-hari yang mendatang. Kami amat bersyukur dengan segala yang diusahakan. Semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan yang dilakukan selama ini serta dapat juga kami menumpang rezeki anugerah Ilahi.


    Kami juga telah dikejutkan di mana makan tengahari kami telah disediakan dan satu majlis ringkas telah diatur serta jamuan minum petang dan penyerahan wang saku belanja persekolahan telah di sampaikan. Terima kasih kami buat dua keluarga dari Kampung Pisang dan Bemban, Batu Gajah yang dapat menghidu kehadiran kami di tempat baru ini. Syukur Alhamdulillah, atas segalanya.

Sunday 8 January 2012

Program pertama bersama IKRAM

Marhaban AhlanWa Sahlan, kami berbesar hati menyambut kedatangan rombongan dari pihak Pertubuhan IKRAM seramai 25 orang beserta ahli keluarga ke tempat kami di Simpang Pulai sebagai pembuka dairi aktiviti tahun 2012 ini.
      Program ringkas ini diadakan pada petang tahun baru, dimana upacara penyerahan bahan-bahan kelengkapan persekolah kepada anak-anak Darussalam. YDP Pertubuhan Ikram Ipoh Ir Dr Muhd Fadhil telah sudi menyampaikan sendiri hadiah-hadiah tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa program-program akan diatur bersama pihak pengurusan RAY Darussalam sepanjang tahun ini. Terima Kasih sekali buat Warga IKRAM seluruh Malaysia dari kami.



Monday 2 January 2012

Tahun Baru Rumah Baru

Rumah Anak Yatim Darus Salam Simpang Pulai akan berpindah ke penempatan baru di Kampung Melayu Jalan Lapangan Terbang Ipoh. Di jangkakan perpindahan akan di lakukan pada pertengahan Januari ini. Bersyukur kami pihak pentadbir dan pengurusan R.A.Y. Darussalam kehadrat Allah, dan berterima kaseh kami kepada semua pihak yang menyumbang segala keperluan dan kemudahan untuk anak-anak ini.
    Semua bentuk sumbangan dari semua pihak individu, pertubuhan, NGO ,institusi, badan kerajaan,swasta atau koprat sangat-sangat kami perlukan bagi melengkapkan lagi prasarana yang terdapat di sini.InsyaAllah.





Sunday 11 December 2011

Pengurusan Asrama Yang Baru

Pada Disember 2011 Pengurusan baru asrama anak-anak yatim telah melakukan penyusunan semula segala kemudahan bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

ALAMAT

PERTUBUHAN BADAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DARUSSALAM.
JALAN GAGAH, KAMPUNG SERDANG PERMAI,
31300 SIMPANG PULAI,
PERAK DARUL RIDZUAN

NO AKAUN BANK: CIMB 08090000013103
(PERTUBUHAN BADAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DARUSSALAM IPOH PERAK).
Pihak pengurusan dan pentadbiran sangat berbesar hati dan bersyukur atas segala sumbangan yang telah di berikan oleh semua pihak untuk menampung perbelanjaan pengendalian pertubuhan anak yatim ini. Sumbangan kewangan bolehlah dibuat melalui bank seperti yang tertera diatas.